Photobucket
Photobucket
"
"

Monday, June 18, 2012

menemui dd;rumah impian



menemui dd,
saya tak mahu rumah banglo;
punya kolam tepinya.
berikan saya rumah rakit,
biar bunyi air kita hafal alunannya.


menemui dd,
saya tak mahu pemberian rumah lot tepi;
yang luas laman kejarnya,
hadiahkan saya rumah pokok,
amati suara burung,
sampai terhafal cicipnya.


menemui dd,
tak usah usahakan emas berlian,
usahakan saya sebuah pulau.
walau rumah kita atapkan kanvas,
sempurna sudah 
hanya engkau kuncinya.

ini,cuma impian.
aku yakin dia akan usahakan kalau aku sungguh mahu.
dia,bakal imam saya. :')






No comments:

All written above is Natasha Dianna's Copyright