Photobucket
Photobucket
"
"

Tuesday, December 25, 2012

Moga Dikau Tenang Disana, Ayahanda

segala puji bagi Allah, yang telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibu bapa kami dan berbuat baik kepada mereka.menggesa kami agar merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh sungguh melakukan kebajikan kepada mereka,menggalakkan kami supaya merendah diri dan menghormati merekadari kerana kasih kepada mereka sebagai penghormatan untuk mereka.mewasiatkan kami supaya mengasihi mereka sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik kami semasa kecil.

ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapa kami.ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapa kami.ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapa kami.dan ampun kan dosa mereka......redhailah mereka dengan keredhaan yang melayakkan mereka mendapat keredhaanMu, dengannya, Engkau meletakkan mereka di dalam Negara KemulianMu, KeamananMu, KemaafanMu, dan KeampunanMu.dengannya, Engkau lingkungi mereka dengan kelembutan kebaikanMu, dan ihsanMu.

ya Allah,ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau hapuskan dosa dosa yang mereka lakukan terdahulu secara berterusan.rahmatilah mereka dengan rahmatMu yang dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur.Engkau amankan mereka pada hari kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.

ya Allah, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihani kami ketika kami lemah,rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu sebagaimana mereka tetap mengasihani kami ketika kami melupai merekadan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani kami semasa kami masih kecil.

ya Allah,peliharalah mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan didalam hati mereka dan kelembutan yg Engkau sibukkan dalam anggota mereka,balasilah pengorbanan dan mujahadah yg telah mereka korbankan utk kami dan janganlah Engkau persia sia kan kesungguhan yang mereka lakukan untuk kami.berilah mereka ganjaran pahala di atas usaha yang telah mereka laksanakan dengan sebaikbaik ganjaran yang Engkau berikan kepada orang orang yang berusaha melakukan kebaikan dan pemeliharaan yang ikhlas.

ya Allah,jadikanlah kami penyejuk mata hati merka pd hari penyaksian, perdengarknlah kepada mrk sebaikbaik seruan drpd kami pada hari kiamat.jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibu bapa yang dicemburui disebabkan anak anak mereka yang soleh sehingga Engkau mengumpulkan kami dan merka serta sekalian kaum Muslimin di Negara KemulianMu, di tempat penetapan rahmatMu,dan tempat auliya kekasihMu bersama orang orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di kalangan nabi nabi,orang orang sidiqin, orang orang yang syahid dan orang orang yang soleh.dan amat eloklah mereka itu dijadikan teman rakan kepada orang orang yang taat.yang demikian, adalah kurniaan daripada Allah dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.

Maha Suci Tuhan yang mempunyai ketinggian dari apa yang mereka sifatkan. salam sejahtera kepada para Rasul.segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Muhammad S.A.W, Nabi yang Ummi dan ke atas ahli keluarganya serta sahabatnya dengan kesejahteraan yang melimpah ruah.

amin ya rabbi al amin.

i love you dad, forever and always.
moga babah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang diredhai Allah. in shaa Allah.

amin. amin. amin. amin ya rabbi al amin.

Hasnul Bahrin bin Hassan.
11.10.1966 - 23.12.2012

No comments:

All written above is Natasha Dianna's Copyright