Photobucket
Photobucket
"
"

Sunday, April 21, 2013

Rumah Kita



kita cuba bina rumah ditengah lautan
malam hari kita diteman bulan
ombak tak pernah jadi halangan atau rintangan
untuk kita rasa nikmat kebahagiaan
tapi akhirnya kita tak sanggup dengan ganasnya sang taufan
yang meranap dan menghapus cinta kita perlahan lahan.

kita cuba bina rumah atas gunung
angin dan kesejukan malam menambah kasih sayang
rumah tinggi kita seolah boleh menggapai bintang
tapi ada kalanya kita takut dengan cerun genting
yang buat dada kita selalu begetar panjang

kita cuba bina rumah di dalam hutan
jauh dari pembangunan dan kebisingan
alam jadi pentas dansa dan pesta keramaian
meraikan cinta dan kemesraan
tapi ada kalanya kita getar dengan suara binatang yang berselerakkan
dan kita tak sanggup selalu hidup dalam ketakutan

sebenarnya kita tak pernah kisah apa apa
kita boleh berumah dimana-mana
asalkan kita selalu bersama

sayang, aku tak mahu pulang
aku tetap mahu disini
bersama kau, aku tenang :'(


No comments:

All written above is Natasha Dianna's Copyright